Sunday, October 14, 2012

Refleksi 15

Hari ini terdapat perhimpunan bulanan di Kampus saya, iaitu pada jam 2.15 petang hingga 4.15 petang. Pada sehari sebelum, Datin Padlon menelefon saya untuk menghadir perhimpunan tersebut kerana saya mendapat anugerah program yang dianjurkan oleh Pusat Sumber. Namun, saya tidak pasti tentang apa program telah saya sertai. 

Perhimpunan pada hari ini amat menarik. Hal ini kerana kali ini merupakan Majlis Perasmian Penutupan Karnival Bulan Membaca 2012. Majlis menjemput Yang Berbahagia Dato' Mahadzir Lokman dan Ahmad Fedtri Yahya untuk sesi "Sembang buku". Beliau telah berkongsi pengalaman mereka yang amat berharga kepada kami. Dato' membincangkan pengalaman beliau semasa menjadi MC majlis, dan juga mewakil Malaysia ke London untuk memperkenalkan Malaysia. Encik Ahmad Fedtri pula membincangkan pengalamannya sebagai pemberita. Pelajar juga dapat bertanya soalan kepada kedua-dua tokoh. 

Saya berasa amat bersyukur kerana dapat menghadiri majlis ini dan mendapat pengajaran daripada tokoh-tokoh. Selain mendapat hadiah, saya berasa saya patut sentiasa membaca pelbagai bahan untuk menambah ilmu saya dalam pelbagai bidang. Walaupun saya gemar membaca novel, saya sepatutnya mengeluarkan masa untuk membaca bahan yang lain agar saya tidak menjadi "katak di bawah tempurung". 

Sekian. 

Thursday, October 11, 2012

Refleksi 14


Jamuan Perdana Kampus Bahasa Melayu dijalankan pada malam 10.10.2012. Semua pelajar akan bertolak ke Dewan Centrum, Setiawangsa untuk makam malam perdana.

Saya pula terlibat dengan persembahan tarian. Bersama-sama dengan senior, kami sebanyak 17 penari manari Tarian 1 Malaysia dan Tarian Kontemporari. Saya menikmati sahaja semasa menari. Namun, saya berasa amat cemas. Hal ini kerana saya takut saya akan tersilap langkah semasa menari. Saya mencuba seberapa banyak yang mungkin untuk bersenyum semasa menari. Namun, saya amat bersyukur kerana saya dapat menari dengan baiknya. Ramai kakak dan abang senior kelihatan lawa dan kacak pada malam tersebut. Saya berasa sedikit sedih kerana saya tidak memakai secantik dengan mereka. Jadi, pada tahun yang akan datang, saya akan memakai lebih cantik daripada apa saya pakai pada tahun ini.

Saya memahami kerjasama dan komitmen amatlah penting untuk menyempurnakan sesuatu perkara. Contohnya, Malam Perdana pada malam tersebut, AJK JPP menyediakannya dengan baik. Saya akan belajar daripada mereka agar saya akan menjadi lebih baik daripada sekarang.

Sekian.

Wednesday, October 10, 2012

Refleksi 13

Pesta Tanglung telah berlalu, tetapi saya dan kawan-kawan ingin bermain tanglung di Kampus kami. Jadi, kami memilih malam 9.10.2012 untuk bermain tanglung di sepanjang jalan asrama ke Stadium Hoki. Kami menyalakan lilin terlebih dahulu di pintu masuk asrama. Ai Nee, Siew Ling, Jia Min, Chin Er, Su Yee, Zhi Hui dan saya, kami seramai 7 orang bermain tanglung. Ramai orang memandang ke kami semasa kami berjalan-jalan ke Stadium Hoki. Kami pun bersenyum dengan mereka dan menjelaskan kepada mereka tentang Pesta Tanglung ini. Semasa kami tiba di Stadium Hoki, pengawal itu memuji tanglung kami cantik. Sepanjang jalan agak gelap, tanglung kami kelihatan cantik dan terang. Selepas itu, kami makan kuih bulan yang disediakan oleh Ai Nee di bilik Siew Ling. Kami berasa amat gembira setelah tidak dapat menyambut Pesta Tanglung tahun lepas.

Saya berasa kami patut mewaris festival Cina sampai kami meninggal dunia nanti. Warisan amat penting untuk kami wariskan. Budaya akan pupus sekiranya kami tidak dapat mewariskannya kepada generasi yang akan datang. Jadi, wariskanlah festival-festival kaum masing-masing agar ia tidak akan pupus ditelan zaman.

Sekian.

Friday, October 5, 2012

Refleksi 12

~Pameran Seni~

Kami telah menjayakan pameran seni kami dengan lancarnya pada hari 2,3 dan 4 Oktober 2012. Tahniah saya ucapkan kepada pelajar kelas PPISMP 3B, 3C dan 3F. Tidak lupa juga kepada pensyarah yang berjasa tinggi dalam membimbing kami. 

Saya dapat memahami bahawa batapa susahnya untuk mengendalikan sesuatu pameran. Banyak perkara dan juga kemalangan perlu kami pertimbangkan untuk memastikan pameran berjalan dengan lancar. Selain itu, setiap bahagian AJK perlu bekerjasama dengan baik. Tolak ansur dan toleransi amat diperlukan. Pada masa genting ini, kami patut bekerjasama tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. Kami ialah warga Malaysia. Kami ialah 1 Malaysia. Setiap bahagian memainkan peranan yang maha penting dalam usaha menjayakan pameran kali ini. Tidak sesiapa yang mempunyai alasan untuk menarik diri dalam pameran ini. Kerjasama semua pelajar dalam tolong-menolong antara satu sama lain amat digalakkan. 

Dengan komitmen dan keiltizaman semua, kami dapat melaksanakan pameran dengan lancar, baik dan berjaya. Saya berasa amat bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang terlibat. Saya berharap kami dapat mengadakan program sebegini dengan lebih baik sekiranya mempunyai peluang untuk berbuat demikian. 

Sekian.