Pesta Tanglung telah berlalu, tetapi saya dan kawan-kawan ingin bermain tanglung di Kampus kami. Jadi, kami memilih malam 9.10.2012 untuk bermain tanglung di sepanjang jalan asrama ke Stadium Hoki. Kami menyalakan lilin terlebih dahulu di pintu masuk asrama. Ai Nee, Siew Ling, Jia Min, Chin Er, Su Yee, Zhi Hui dan saya, kami seramai 7 orang bermain tanglung. Ramai orang memandang ke kami semasa kami berjalan-jalan ke Stadium Hoki. Kami pun bersenyum dengan mereka dan menjelaskan kepada mereka tentang Pesta Tanglung ini. Semasa kami tiba di Stadium Hoki, pengawal itu memuji tanglung kami cantik. Sepanjang jalan agak gelap, tanglung kami kelihatan cantik dan terang. Selepas itu, kami makan kuih bulan yang disediakan oleh Ai Nee di bilik Siew Ling. Kami berasa amat gembira setelah tidak dapat menyambut Pesta Tanglung tahun lepas.
Saya berasa kami patut mewaris festival Cina sampai kami meninggal dunia nanti. Warisan amat penting untuk kami wariskan. Budaya akan pupus sekiranya kami tidak dapat mewariskannya kepada generasi yang akan datang. Jadi, wariskanlah festival-festival kaum masing-masing agar ia tidak akan pupus ditelan zaman.
Sekian.
No comments:
Post a Comment