Thursday, August 23, 2012

Refleksi 9

Hari cuti sudah berlalu.

Saya berasa sedikit kecewa kerana tempoh cuti kali ini hanya 5 hari sahaja. Sebabnya ialah saya bersama dengan kawan-kawan terpilih untuk membuat persembahan semasa hati kemerdekaan.  Masalahnya ialah saya telah membeli tiket hari 26 Ogos untuk balik ke kampus. Namun, hari bertolak untuk ke UPM ialah pada 23 Ogos. Jadi, saya terpaksa untuk pergi ke Pudu Raya menukar tiket hari 26 saya itu.

Dalam hal ini, saya belajar bahawa dalam kehidupan kita, walaupun terdapat cabaran atau masalah yang tidak kita inginkan, kita masih terpaksa melaksanakannya. Kita kena belajar untuk menerima apa-apa sahaja cabaran dalam kehidupan kita. Kita kenalah sabar menerima cabaran tersebut dan menganggap cabaran itu pengalaman kita untuk menjalankan kehidupan dengan lebih baik.

Sekian, terima kasih.

Thursday, August 16, 2012

Refleksi 8

Masih berkaitan dengan Seni. 

Pada minggu ini, kami dikehendaki membuat arca stabail. Arca stabail merupakan satu binaan yang boleh bergerak tetapi tidak terawang-awang kerana kedudukan kakinya sengaja boleh bergerak. Bagi saya, membuat arca ini adalah sangat susah kerana saya tidak pernah membuat demikian. Saya berasa sangat susah untuk menyempurnakan kerja ini. Mula-mulanya, kami perlu membancuh "Plaster of Paris" dan kacaukannya. Selepas itu, tuangkan acuan tersebut ke dalam kotak-kotak yang kami sediakan. Kami perlu menanti sampai acuan tersebut kering, dan ukirkan apa yang kami ingin buat. 

Proses ukir ini adalah sangat susah kerana kami perlu berhati-hati untuk mengukir. Sekiranya kami salah mengukir, susahlah bagi kami untuk menyelamatkannya. Saya tidak mahu untuk membuat arca selepas hari cuti Hari Raya. Jadi, saya menggunakan semua masa lapang saya untuk membuat arca saya. Saya berada di bilik seni selepas sahaja habis kuliah pada hari Rabu. Saya berusaha mengukir arca saya sebagaimana saya boleh buat. Walaupun saya berada sampai 8 malam baru balik ke asrama, namun masa itu tidak sempat untul saya menghabiskan kerja saya pada hari itu. Hari ini, Hari Khamis, saya terus berada di bilik seni lagi untuk meneruskan kerja saya. Nasib baiknya, saya daat menghabiskan ukiran saya pada hari ini. Apabila balik nanti, saya hendak menggunakan kertas pasir untuk menghaluskan arca saya. 

Saya berasa amat puas hati kerana dapat menghabiskan kerja pada masa yang singkat. Dalam hal ini, saya dapat belajar bahawa sekiranya seseorang itu ingin menghabiskan sesuatu kerja, jadi dia pasti dapat melakukannya. Janganlah berputus asa. Seandainya bersemangat, pastinya kerja dapat disiapkan dengan baik dan cepat. 


Hasil karya arca saya
Tema : Kasih Sayang Seorang Ibu terhadap Anakynya

Sekian.

Sunday, August 12, 2012

Refleksi 7

Pada hari semalam, iaitu 12 Ogos pada pukul 9 malam. saya bersama dengan beberapa kawan membuat keputusan pergi ke Taman Jaya A&W. Oleh sebab saya hanya pernah minum minuman A&W sekali sahaja, jadi saya berjanji pergi bersama dengan mereka. 

Masa bertolak sangat lewat. Kali ini merupakan kali pertama saya pergi ke sesuatu tempat pada lewat malam. Saya berasa takut sepanjang perjalanan ke Taman Jaya. Nasib baiknya ditemani oleh sekumpulan kawan, kami berjeneka sepanjang jalan. Kami juga berbual-bual dan berkongsi pengalaman kami. 

Kami amat berhati-hati sehingga kami tiba di destinasi kami. Oleh sebab bulan puasa, jadi kami dibenarkan balik ke asrama selewat-lewatnya pada pukul 2.00 pagi. Walaupun demikian, kami tetap balik pada pukul 11.00 malam. Kami selamat balik ke bilik kami masing-masing. 

Dalam hal ini, saya dapat tahu bahawa sekiranya kami berhati-hati dalam apa-apa jua perkar, kami dapat menyempurnakannya dengan baik. Dan, tidak kira betapa susahnya kami berada, kami tetap patut mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Janganlah guna alasan-alasan untuk melanggar peraturan. 
Sekian. 

Wednesday, August 1, 2012

Refleksi (kuliah 1.8.2012)

Berdasarkan kuliah pada pagi tadi, saya memahami bahawa IQ, EQ dan SQ amatlah penting kepada seseorang insan. Perbezaan SADAR dan SEPARA SADAR ialah SADAR merupakan Fikiran seseorang. SEPARA SADAR pula mengandungi Perasaan dan Jiwa (Spiritual). Apabila kita memikirkan sesuatu, kita dikatakan dalam keadaan SADAR. Apabila kita berasa ataupun bertanya kepada sendiri tentang sesuatu, kita dikatakan dal keadaan SEPARA SADAR. Seseorang yang mempunyai SQ yang tinggi, dia akan memikirkan tujuannya hidup di dunia ini. Dia akan memahami apa yang diperlukan olehnya dalam kehidupannya. 

Bagi kanak-kanak yang berumur 0 - 7, dikatakan dalam lingkungan umur kritikal kerana pada masa ini. "Filter" mereka tidak lagi berkembang dengan baik. "Filter" ini belum mula berfungsi. Berdasarkan rajah di bawah, "Filter" ini berfungsi sebagai tapis atau pemeriksa untuk menerima atau menolak sesuatu perkara. Kanak-kanak yang tidak dapat lagi membezakan baik dan buruk sesuatu perkara akan menerima apa-apa sahaja yang dialaminya. Mereka tidak mampu membezakannya. Apa yang diterima mereka akan terbawa sehingga mereka dewasa nanti. Sekiranya mereka menerima konsep atau makna sesuatu yang salah, fikiran mereka tidak akan tenteram. Mereka akan salah faham tentang sesuatu perkara dan mengikut sahaja apa yang diingati mereka. 



SEPARA SADAR akan mepengaruhi tabiat atau tingkah laku seseorang. Jadi, "Filter" memainkan peranan yang amat penting kepada setiap insan. 
Sebagai rumusan, 
  • Fikiran penting dalam menentukan apa-apa yang akan disimpan di dalam otak kita.
  • EQ dan SQ penting dalam mempengaruhi tingkah laku seseorang sampai bila-bila masa. 

Saya fahami bahawa kita mempunyai IQ, EQ dan SQ yang dikurniakan oleh Tuhan. Saya sentiasa berfikir-fikir tentang apa yang diajar oleh puan. Saya baru sedar bahawa IQ bukanlah yang paling penting tetapi EQ & SQ. Ketiga-tiga itu mempunyai fungsi masing-masing. Kita tidak boleh kurang mana-mana satu IQ, EQ atau SQ.
 

    Sekian. 


    Refleksi (Human being vs Spiritual being )

    Berdasarkan kuliah pada minggu yang lalu, puan telah menerapkan konsep IQ, EQ dan SQ kepada kami. Insan dicipta oleh Tuhan dengan 3 kekuatan, iaitu IQ, EQ dan SQ.

    Apa yang saya fahami ialah IQ merupakan fikiran seseorang individu. IQ berada dalam lingkungan SADAR.  EQ ialah perasaan dan SQ pula ialah spiritual. Kedua-dua EQ dan SQ berada dan lingkungan SEPARA SADAR. Ketiga-tiga IQ, EQ dan SQ ini tidak dapatlah kita nampak melalui mata kita. Namun, IQ, EQ dan SQ berfungsi setiap hari. Dengan adanya IQ, EQ dan SQ, kita dapat berkomnikasi, berinteraksi dengan orang-orang lain. Dengan adanya IQ, EQ dan SQ, dapatlah membezakan insan dengan makhluk lain. Insan mempunyai akal, fikiran dan perasaan.

    Daripada penjelasan beliau, saya faham bahawa kita, sebagai manusia, bukannya 'human being' sepenuhnya. 'Human being' bermaksud seseorang itu yang hanya mempunyai badan ataupun jasad sahaja. Kita hidup dalam dunia ini bukan sahaja fokus pada fizikal kita tetapi jugan emosi dan mental kita. Salahlah kalau kita sebut kita sendiri sebagai 'Human being'. Sepatutnya, kita merupakan 'Spiritual being'.

    Mengapa?
    Sebabnya kita mempunyai fikiran tersendiri. Setiap insan mempunyai fikiran dan emosi tersendiri. Kita mempunyai perasaan yang berlainan terhadap berlainan perkara. Seseorang insan mesti mempunyai ketiga-tiga IQ, EQ dan SQ, barulah seseorang itu dipanggil sebagai INSAN. Jika tidak, dia hanya manusia atau disebut sebagai JASAD sahaja. Insan yang cemerlang banyak menggunakan EQ dan juga SQ mereka dalam kehidupan yang penuh dengan pancaroba ini.

    Sekian.