Berdasarkan kuliah pada minggu yang lalu, puan telah menerapkan konsep IQ, EQ dan SQ kepada kami. Insan dicipta oleh Tuhan dengan 3 kekuatan, iaitu IQ, EQ dan SQ.
Apa yang saya fahami ialah IQ merupakan fikiran seseorang individu. IQ berada dalam lingkungan SADAR. EQ ialah perasaan dan SQ pula ialah spiritual. Kedua-dua EQ dan SQ berada dan lingkungan SEPARA SADAR. Ketiga-tiga IQ, EQ dan SQ ini tidak dapatlah kita nampak melalui mata kita. Namun, IQ, EQ dan SQ berfungsi setiap hari. Dengan adanya IQ, EQ dan SQ, kita dapat berkomnikasi, berinteraksi dengan orang-orang lain. Dengan adanya IQ, EQ dan SQ, dapatlah membezakan insan dengan makhluk lain. Insan mempunyai akal, fikiran dan perasaan.
Daripada penjelasan beliau, saya faham bahawa kita, sebagai manusia, bukannya 'human being' sepenuhnya. 'Human being' bermaksud seseorang itu yang hanya mempunyai badan ataupun jasad sahaja. Kita hidup dalam dunia ini bukan sahaja fokus pada fizikal kita tetapi jugan emosi dan mental kita. Salahlah kalau kita sebut kita sendiri sebagai 'Human being'. Sepatutnya, kita merupakan 'Spiritual being'.
Mengapa?
Sebabnya kita mempunyai fikiran tersendiri. Setiap insan mempunyai fikiran dan emosi tersendiri. Kita mempunyai perasaan yang berlainan terhadap berlainan perkara. Seseorang insan mesti mempunyai ketiga-tiga IQ, EQ dan SQ, barulah seseorang itu dipanggil sebagai INSAN. Jika tidak, dia hanya manusia atau disebut sebagai JASAD sahaja. Insan yang cemerlang banyak menggunakan EQ dan juga SQ mereka dalam kehidupan yang penuh dengan pancaroba ini.
Sekian.
No comments:
Post a Comment