Masih berkaitan dengan Seni.
Pada minggu ini, kami dikehendaki membuat arca stabail. Arca stabail merupakan satu binaan yang boleh bergerak tetapi tidak terawang-awang kerana kedudukan kakinya sengaja boleh bergerak. Bagi saya, membuat arca ini adalah sangat susah kerana saya tidak pernah membuat demikian. Saya berasa sangat susah untuk menyempurnakan kerja ini. Mula-mulanya, kami perlu membancuh "Plaster of Paris" dan kacaukannya. Selepas itu, tuangkan acuan tersebut ke dalam kotak-kotak yang kami sediakan. Kami perlu menanti sampai acuan tersebut kering, dan ukirkan apa yang kami ingin buat.
Proses ukir ini adalah sangat susah kerana kami perlu berhati-hati untuk mengukir. Sekiranya kami salah mengukir, susahlah bagi kami untuk menyelamatkannya. Saya tidak mahu untuk membuat arca selepas hari cuti Hari Raya. Jadi, saya menggunakan semua masa lapang saya untuk membuat arca saya. Saya berada di bilik seni selepas sahaja habis kuliah pada hari Rabu. Saya berusaha mengukir arca saya sebagaimana saya boleh buat. Walaupun saya berada sampai 8 malam baru balik ke asrama, namun masa itu tidak sempat untul saya menghabiskan kerja saya pada hari itu. Hari ini, Hari Khamis, saya terus berada di bilik seni lagi untuk meneruskan kerja saya. Nasib baiknya, saya daat menghabiskan ukiran saya pada hari ini. Apabila balik nanti, saya hendak menggunakan kertas pasir untuk menghaluskan arca saya.
Saya berasa amat puas hati kerana dapat menghabiskan kerja pada masa yang singkat. Dalam hal ini, saya dapat belajar bahawa sekiranya seseorang itu ingin menghabiskan sesuatu kerja, jadi dia pasti dapat melakukannya. Janganlah berputus asa. Seandainya bersemangat, pastinya kerja dapat disiapkan dengan baik dan cepat.
No comments:
Post a Comment