Ditujukan kepada perkara yang sama, iaitu membuat wau.
Minggu ini, saya melukis corak tradisional ke atas kertas yang disebut sebagai 'tanah'. Saya melayari Internet untuk mendapatkan ilham supaya saya dapat menghasilkan wau yang bercorak tradisional. Dengan juga bantuan kawan, saya dapat memilih corak yang ingin saya buat. Bersama dengan rakan-rakan, kami mula melukis corak kami masing-masing di kertas 'tanah'. Melukis corak itu bukanlah perkara yang susah sangat. Yang paling susah itu ialah apabila hendak memotong corak-corak tersebut. Kenalah menyediakan sebilah pisau yang "sharp" supaya corak yang dipotong itu tidak rosak dan kekal cantik. Tetapi, saya masih tetap hampir-hampir merosakkan corak saya.
Nasib baiklah, sempat saya menghentikan kerja saya pada masa tersebut. Kalau tidak, mesti rosaklah 'tanah' saya dan saya kenalah melukis semula pada kertas yang lain. Nasib baiknya.........
Dari situlah saya dapat tahu, bukan sahaja kesabaran diperlukan untuk membuat sesuatu perkara tetapi juga indak balas yang cukup pantas. Dalam kehidupan kita menghadapi pelbagai pancaroba. Kita tidak mungkin dapat menyelesaikan setiap cabaran tersebut dengan baiknya. Jadi, berilah kesabaran terhadap setiap perkara yang dihadapi dan memberi tindak balas yang secepat mungkin pada masa yang sesuai.
Dan juga, menghasilkan wau itu dapat melatih kesabaran dan kecepatan tindak balas kami. Nescaya kami semua dapat mempelajari sesuatu yang baharu melalui aktiviti menghasilkan wau ini.
Inilah gambar hasil corak yang saya hasilkan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment