Sunday, September 9, 2012

Refleksi 11

Rindu pada kawan-kawan saya. 


Kawan baik saya masih belajar di Tingkatan 6. Setiap kali saya balik ke rumah pada hari cuti, saya mesti akan keluar bersama mereka. Kali terakhir kami keluar ialah pada cuti yang lepas. Kami lapan orang pergi ke Jusco di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.  

Masih ingat salah satu kawan asyik menangkap gambar kami semua. Bermacam-macam aksi telah kami buat. Sangat lucu. Kawan itu bercadang hendak mengambil gambar kami semua melalui cermin yang ada pada dinding. Namun, masih tidak cukup 'fun' baginya. Jadi, kami semua pergi ke bilik persalinan untuk mengambil gambar melalui cermin yang lebih besar. 


Inilah gambar kami. 


Kawan ...
Kita berjumpa pada cuti yang akan datang. 
Rindu kamu semua.........

Sekian. 

Saturday, September 1, 2012

Refleksi 10

Latihan bagi Hari Kemerdekaan

Negara kita menyambut Hari Kebangsaan di Stadium Bukit Jalil pada tahun ini. Kami telah dijemput untuk mengambil bahagian dalam salah satu aktiviti yang grafik manusia. Seperti yang kita tahu bahawa terdapat 26 Kampus Latihan Guru pra-pemegang ijazah, semester 1 dan semester 3 telah dijemput untuk membuat persembahan.

Pada 23 Ogos 2012, kami disokong ke kampus kami. Kami memulakan perjalanan kami ke Universiti Putra Malaysia (UPM), Kolej Tun Dr Ismail seperti yang kita akan tinggal di sana selama 10 hari sepanjang masa latihan. Kami meninggalkan kampus kami sekitar 2:30 petang. Kami telah sepatutnya untuk sampai ke sana pada 3:15 petang memandangkan UPM tidak jauh dari kampus kami. Oleh sebab pemandu bas tidak dapat untuk mencari asrama kami kerana kawasan yang besar di UPM, kami berpusing-pusing di sekitar perkarangan UPM kira-kira 1 jam. Akhirnya, kami sampai di sana pada 4:30 petang.

Pada hari kedua, kami bertolak ke Bukit Jalil pada 8:00 pagi selepas sarapan pagi. Kami dibahagikan kepada kumpulan kecil dan setiap kumpulan mempunyai seorang pemimpin. Saya dibahagikan ke kumpulan D2. Selepas itu, semua pelatih guru diberi papan LED dan pendirian tripod. Di dalam kotak LED, terdapat alat kawalan jauh, pemegang bateri dan juga penyesuai kecil. Pihak penganjur juga menyediakan skrip kepada kami. Skrip kami mengandungi maklumat setiap warna dalam setiap urutan. Semua orang mempunyai skrip mereka sendiri yang unik yang berbeza dengan orang lain.

Terdapat seorang pembantu yang membantu konduktor untuk memberi kami arahan apabila tiba masa menukar warna papan LED. Pembantu akan menunjukkan nombor urutan kepada kami. Kami bergegas memeriksa skrip untuk mengetahui warna yang harus kita ubahkan. Apabila konduktor meniup wisel, kami menukar warna LED kami dengan menggunakan pengawal jauh. 

Pada malam 31hb Ogos, semua persembahan mula dari 8 malam hingga 12 pagi. Walau bagaimanapun, kita diberitahu bahawa kita perlu kepada siap sedia di sana pada pukul 3 petang untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. Walaupun sambutan bermula pada pukul 8 malam, kawasan sekitar stadium sesak bermula pada 5 petang. Kami bergerak ke stadium dan menyediakan segala-galanya dengan cepat. Kemudian, kita menunggu arahan daripada konduktor. Pada masa yang sama, kita menikmati persembahan dalam stadium. Dalam setiap persembahan,termasuk ucapan, nyanyian atau tarian, kita dikehendaki untuk memainkan peranan kami dengan memaparkan grafik, seperti Jalur Gemilang dan kata-kata seperti "SELAMAT DATANG" dan "TERIMA KASIH”. Persembahan pada hari itu amat riuh-rendah. Setiap pelatih guru memainkan peranan mereka sendiri dengan teliti. Terdapat seorang Encik membantu untuk memeriksa dan memastikan bahawa tugas kami dilaksanakan dengan lancar. Terdapat juga bunga api di luar stadium. Sambutan berakhir sekitar 12 pagi.

Saya berasa gembira dan bangga kerana saya berpeluang untuk mengambil bahagian dalam persembahan Hari Kemerdekaan. Saya telah menyertai selama 2 tahun, tahun lepas dan tahun ini. Sekiranya ada peluang, saya berharap bahawa saya masih berpeluang untuk menyertainya pada masa depan. Saya berasa bangga menjadi rakyat Malaysia. Pengalaman ini akan menjadi kenangan yang sukar saya lupakan dalam hidup saya. Saya tidak akan lupa tentang penyertaan ini, Sambutan Hari Kemerdekaan.



 Skrip saya. 

Papan LED. 

Raptai persembahan. 

Persembahan kami (Human Grafik). 

Sekian. 

Thursday, August 23, 2012

Refleksi 9

Hari cuti sudah berlalu.

Saya berasa sedikit kecewa kerana tempoh cuti kali ini hanya 5 hari sahaja. Sebabnya ialah saya bersama dengan kawan-kawan terpilih untuk membuat persembahan semasa hati kemerdekaan.  Masalahnya ialah saya telah membeli tiket hari 26 Ogos untuk balik ke kampus. Namun, hari bertolak untuk ke UPM ialah pada 23 Ogos. Jadi, saya terpaksa untuk pergi ke Pudu Raya menukar tiket hari 26 saya itu.

Dalam hal ini, saya belajar bahawa dalam kehidupan kita, walaupun terdapat cabaran atau masalah yang tidak kita inginkan, kita masih terpaksa melaksanakannya. Kita kena belajar untuk menerima apa-apa sahaja cabaran dalam kehidupan kita. Kita kenalah sabar menerima cabaran tersebut dan menganggap cabaran itu pengalaman kita untuk menjalankan kehidupan dengan lebih baik.

Sekian, terima kasih.

Thursday, August 16, 2012

Refleksi 8

Masih berkaitan dengan Seni. 

Pada minggu ini, kami dikehendaki membuat arca stabail. Arca stabail merupakan satu binaan yang boleh bergerak tetapi tidak terawang-awang kerana kedudukan kakinya sengaja boleh bergerak. Bagi saya, membuat arca ini adalah sangat susah kerana saya tidak pernah membuat demikian. Saya berasa sangat susah untuk menyempurnakan kerja ini. Mula-mulanya, kami perlu membancuh "Plaster of Paris" dan kacaukannya. Selepas itu, tuangkan acuan tersebut ke dalam kotak-kotak yang kami sediakan. Kami perlu menanti sampai acuan tersebut kering, dan ukirkan apa yang kami ingin buat. 

Proses ukir ini adalah sangat susah kerana kami perlu berhati-hati untuk mengukir. Sekiranya kami salah mengukir, susahlah bagi kami untuk menyelamatkannya. Saya tidak mahu untuk membuat arca selepas hari cuti Hari Raya. Jadi, saya menggunakan semua masa lapang saya untuk membuat arca saya. Saya berada di bilik seni selepas sahaja habis kuliah pada hari Rabu. Saya berusaha mengukir arca saya sebagaimana saya boleh buat. Walaupun saya berada sampai 8 malam baru balik ke asrama, namun masa itu tidak sempat untul saya menghabiskan kerja saya pada hari itu. Hari ini, Hari Khamis, saya terus berada di bilik seni lagi untuk meneruskan kerja saya. Nasib baiknya, saya daat menghabiskan ukiran saya pada hari ini. Apabila balik nanti, saya hendak menggunakan kertas pasir untuk menghaluskan arca saya. 

Saya berasa amat puas hati kerana dapat menghabiskan kerja pada masa yang singkat. Dalam hal ini, saya dapat belajar bahawa sekiranya seseorang itu ingin menghabiskan sesuatu kerja, jadi dia pasti dapat melakukannya. Janganlah berputus asa. Seandainya bersemangat, pastinya kerja dapat disiapkan dengan baik dan cepat. 


Hasil karya arca saya
Tema : Kasih Sayang Seorang Ibu terhadap Anakynya

Sekian.

Sunday, August 12, 2012

Refleksi 7

Pada hari semalam, iaitu 12 Ogos pada pukul 9 malam. saya bersama dengan beberapa kawan membuat keputusan pergi ke Taman Jaya A&W. Oleh sebab saya hanya pernah minum minuman A&W sekali sahaja, jadi saya berjanji pergi bersama dengan mereka. 

Masa bertolak sangat lewat. Kali ini merupakan kali pertama saya pergi ke sesuatu tempat pada lewat malam. Saya berasa takut sepanjang perjalanan ke Taman Jaya. Nasib baiknya ditemani oleh sekumpulan kawan, kami berjeneka sepanjang jalan. Kami juga berbual-bual dan berkongsi pengalaman kami. 

Kami amat berhati-hati sehingga kami tiba di destinasi kami. Oleh sebab bulan puasa, jadi kami dibenarkan balik ke asrama selewat-lewatnya pada pukul 2.00 pagi. Walaupun demikian, kami tetap balik pada pukul 11.00 malam. Kami selamat balik ke bilik kami masing-masing. 

Dalam hal ini, saya dapat tahu bahawa sekiranya kami berhati-hati dalam apa-apa jua perkar, kami dapat menyempurnakannya dengan baik. Dan, tidak kira betapa susahnya kami berada, kami tetap patut mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Janganlah guna alasan-alasan untuk melanggar peraturan. 
Sekian. 

Wednesday, August 1, 2012

Refleksi (kuliah 1.8.2012)

Berdasarkan kuliah pada pagi tadi, saya memahami bahawa IQ, EQ dan SQ amatlah penting kepada seseorang insan. Perbezaan SADAR dan SEPARA SADAR ialah SADAR merupakan Fikiran seseorang. SEPARA SADAR pula mengandungi Perasaan dan Jiwa (Spiritual). Apabila kita memikirkan sesuatu, kita dikatakan dalam keadaan SADAR. Apabila kita berasa ataupun bertanya kepada sendiri tentang sesuatu, kita dikatakan dal keadaan SEPARA SADAR. Seseorang yang mempunyai SQ yang tinggi, dia akan memikirkan tujuannya hidup di dunia ini. Dia akan memahami apa yang diperlukan olehnya dalam kehidupannya. 

Bagi kanak-kanak yang berumur 0 - 7, dikatakan dalam lingkungan umur kritikal kerana pada masa ini. "Filter" mereka tidak lagi berkembang dengan baik. "Filter" ini belum mula berfungsi. Berdasarkan rajah di bawah, "Filter" ini berfungsi sebagai tapis atau pemeriksa untuk menerima atau menolak sesuatu perkara. Kanak-kanak yang tidak dapat lagi membezakan baik dan buruk sesuatu perkara akan menerima apa-apa sahaja yang dialaminya. Mereka tidak mampu membezakannya. Apa yang diterima mereka akan terbawa sehingga mereka dewasa nanti. Sekiranya mereka menerima konsep atau makna sesuatu yang salah, fikiran mereka tidak akan tenteram. Mereka akan salah faham tentang sesuatu perkara dan mengikut sahaja apa yang diingati mereka. 



SEPARA SADAR akan mepengaruhi tabiat atau tingkah laku seseorang. Jadi, "Filter" memainkan peranan yang amat penting kepada setiap insan. 
Sebagai rumusan, 
  • Fikiran penting dalam menentukan apa-apa yang akan disimpan di dalam otak kita.
  • EQ dan SQ penting dalam mempengaruhi tingkah laku seseorang sampai bila-bila masa. 

Saya fahami bahawa kita mempunyai IQ, EQ dan SQ yang dikurniakan oleh Tuhan. Saya sentiasa berfikir-fikir tentang apa yang diajar oleh puan. Saya baru sedar bahawa IQ bukanlah yang paling penting tetapi EQ & SQ. Ketiga-tiga itu mempunyai fungsi masing-masing. Kita tidak boleh kurang mana-mana satu IQ, EQ atau SQ.
 

    Sekian. 


    Refleksi (Human being vs Spiritual being )

    Berdasarkan kuliah pada minggu yang lalu, puan telah menerapkan konsep IQ, EQ dan SQ kepada kami. Insan dicipta oleh Tuhan dengan 3 kekuatan, iaitu IQ, EQ dan SQ.

    Apa yang saya fahami ialah IQ merupakan fikiran seseorang individu. IQ berada dalam lingkungan SADAR.  EQ ialah perasaan dan SQ pula ialah spiritual. Kedua-dua EQ dan SQ berada dan lingkungan SEPARA SADAR. Ketiga-tiga IQ, EQ dan SQ ini tidak dapatlah kita nampak melalui mata kita. Namun, IQ, EQ dan SQ berfungsi setiap hari. Dengan adanya IQ, EQ dan SQ, kita dapat berkomnikasi, berinteraksi dengan orang-orang lain. Dengan adanya IQ, EQ dan SQ, dapatlah membezakan insan dengan makhluk lain. Insan mempunyai akal, fikiran dan perasaan.

    Daripada penjelasan beliau, saya faham bahawa kita, sebagai manusia, bukannya 'human being' sepenuhnya. 'Human being' bermaksud seseorang itu yang hanya mempunyai badan ataupun jasad sahaja. Kita hidup dalam dunia ini bukan sahaja fokus pada fizikal kita tetapi jugan emosi dan mental kita. Salahlah kalau kita sebut kita sendiri sebagai 'Human being'. Sepatutnya, kita merupakan 'Spiritual being'.

    Mengapa?
    Sebabnya kita mempunyai fikiran tersendiri. Setiap insan mempunyai fikiran dan emosi tersendiri. Kita mempunyai perasaan yang berlainan terhadap berlainan perkara. Seseorang insan mesti mempunyai ketiga-tiga IQ, EQ dan SQ, barulah seseorang itu dipanggil sebagai INSAN. Jika tidak, dia hanya manusia atau disebut sebagai JASAD sahaja. Insan yang cemerlang banyak menggunakan EQ dan juga SQ mereka dalam kehidupan yang penuh dengan pancaroba ini.

    Sekian.