Tuesday, July 31, 2012

Refleksi 6

Ditujukan kepada perkara yang sama, iaitu membuat wau. 
Minggu ini, saya melukis corak tradisional ke atas kertas yang disebut sebagai 'tanah'. Saya melayari Internet untuk mendapatkan ilham supaya saya dapat menghasilkan wau yang bercorak tradisional. Dengan juga bantuan kawan, saya dapat memilih corak yang ingin saya buat. Bersama dengan rakan-rakan, kami mula melukis corak kami masing-masing di kertas 'tanah'. Melukis corak itu bukanlah perkara yang susah sangat. Yang paling susah itu ialah apabila hendak memotong corak-corak tersebut. Kenalah menyediakan sebilah pisau yang "sharp" supaya corak yang dipotong itu tidak rosak dan kekal cantik. Tetapi, saya masih tetap hampir-hampir merosakkan corak saya. 
Nasib baiklah, sempat saya menghentikan kerja saya pada masa tersebut. Kalau tidak, mesti rosaklah 'tanah' saya dan saya kenalah melukis semula pada kertas yang lain. Nasib baiknya.........

Dari situlah saya dapat tahu, bukan sahaja kesabaran diperlukan untuk membuat sesuatu perkara tetapi juga indak balas yang cukup pantas. Dalam kehidupan kita menghadapi pelbagai pancaroba. Kita tidak mungkin dapat menyelesaikan setiap cabaran tersebut dengan baiknya. Jadi, berilah kesabaran terhadap setiap perkara yang dihadapi dan memberi tindak balas yang secepat mungkin pada masa yang sesuai. 

Dan juga, menghasilkan wau itu dapat melatih kesabaran dan kecepatan tindak balas kami. Nescaya kami semua dapat mempelajari sesuatu yang baharu melalui aktiviti menghasilkan wau ini. 
Inilah gambar hasil corak yang saya hasilkan. 

Sekian. 

Tuesday, July 24, 2012

Refleksi 5

Pada semester ini, kelas yang mengambil subjek seni kenalah menghasilkan wau. 
Bagi saya, menghasilkan wau itu merupakan satu perkara susah kerana saya tidak pernah membuat sebelum ini. Tambahan pula, kami dikehendaki mencari buluh dan membuat rangka wau yang kami gemar terlebih dahulu. Saya berasa amat runsing dan susah. Saya seolah-olahnya tidak dapat menghasilkannya. Namun, dengan penjelasan dan bimbingan dari pensyarah. Saya berani menerima dan mengeluarkan langkah pertama saya. Saya memilih wau kapal sebagai hasil saya. Barulah saya tahu, menghasilkan waut itu merupakan satu bidang yang amat susah. Bukan sahaja hendak melukis corak tradisional dan juga membuat rangka, tetapi keseimbangan di kedua-dua belah amatlah penting. Satu wau yang bagus mesti mempunyai kepala, badan dan sayap dan juga ekor yang seimbang. Inilah masalah yang saya hadapi sebab adalah sukar bagi saya untuk menyeimbangkan wau saya terlebih dahulu. 

Namun, saya meminta tunjuk ajar dari pensyarah dan juga mengambil perhatian tentang penjelasan beliau. Sekiranya saya menghdapi apa-apa masalah, saya akan tujukan kepada beliau. Beliau membimbing saya dengan jelas dan sabar. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk berusaha sedaya upaya membuat wau yang terbaik. Saya bersabar. Dengan telitinya, saya memeriksa setiap bahagian wau saya sebelum saya mengikat tali atas wau itu. Proses mengikat tali adalah untuk menyeimbangkan wau itu. Dengan kesabaran yang saya tunjukkan, saya dapati saya dapat menghasilkan wau yang dikatakan agak seimbang pada dua-dua belahnya. Walaupun wau saya bukanlah wau yang terbaik, saya berasa amat puas hati apabila saya dapat menghasilkan wau saya sendiri. 

Sekian. 

Friday, July 20, 2012

Refleksi 4

Hari ini saya bersama dengan Ai Nee, Su Yee dan Siew Ling pergi ke Puduraya. Sebabnya ialah saya dan Ai Nee hendak membeli tiket bas balik ke rumah semasa cuti Hari Raya. Asalnya pada hari tersebut kami tidak mempunyai kelas selepas pukul 10 pagi. Kami bercadang hendak balik awal. Pada minggu lepas, kami diberitahu oleh Dr. Rashida bahawa ELP akan ditukar kepada hari Jumaat setiap minggu berterusan pada pukul 1230 hingga 230 petang. Walaupun kami berasa kecewa apabila mendapat berita ini. Namun, kami bersyukur kerana kami masih belum membeli tiket awal. Bersyukur....

Jadi, hari ini saya dan Ai Nee telah membeli tiket pukul 430 petang. Kami tidak lagi takut akan masa kelas atau masa bas bertolak. Kami telah membuat keputusan yang baik. Dengan membeli tiket 430 petang, kami boleh naik bas selepas makan di mana-mana tempat.

Bagi saya, sesuatu perkara, kalau kita berusaha untuk menyelesaikannya, kita nescaya dapat menghadapinya dengan baik. Sekiranya kita tidak dapat memastikan sesuatu itu berlaku, kita harus menyediakan cara atau idea sampingan sebagai penyediaan sekiranya berlaku kecemasan.

Sekian.

Wednesday, July 18, 2012

Refleksi (kuliah 18.7.2012)

Minggu ini kami mengadakan kelas di bilik mikro. Kuliah diadakan dengan mengulang tajuk minggu lepas. Oleh yang demikian, saya dapat mengimbas kembali apa yang dibelajari. Bukan sahaja begitu, pensyarah masih sabar menjelaskan tajuk berkaitan dengan Kecergasan Emosi kepada kami. Saya berasa bersyukur kerana mempunyai pensyarah yang sabar dan teliti. Saya dapat lebih memahami dan membazakan apa itu IQ, EQ dan juga SQ.

Kuliah yang selama sejam sahaja setiap minggu. Walau bagaimanapun, saya berasa kuliah ini amat bermakna kepada saya. Saya senantiasa memikirkan persoalan-persoalan yang ditimbulkan di dalam kelas dan saya berasa amat manarik dengan penggunaan otak. Bukan itu sahaja, saya juga belajar mengawal perasaaan atau emosi pada tempat dan masa yang sesuai.

Saya amat berharap bahawa kuliah selepas ini boleh berbincang tentang tajuk tersebut dengan lebih mendalam. Sekiranya boleh, saya ingin mendapat pengetahuan atau ilmu yang lebih banyak daripada pengajian pensyarah.

Sekian. 

Sunday, July 15, 2012

Refleksi 3

Kelas saya mengambil subjek Seni sepanjang masa PPISMP kami. Seni, merupakan satu subjek yang agak susah bagi saya sebab saya tidak mengambil subjek ini semasa SPM saya. Saya tidak berminat terhadap subjek ini. Namun, berbanding PPISMP Sem3 ini dengan PPISMP Sem1, saya berasa pandangan saya terhadap seni telah berubah.

Contohnya, Semester ini kami dikehendaki menghasilkan hasil berbentuk 3D. Maksudnya, kami dikehendaki mencipta dan membuat sesuatu benda yang kami lakarkan, fikirkan dan hasilkan. Pada mulanya, perkara ini agak susah. Hal ini kerana kami tidak pernah membuat benda sebegini selepas masa sekolah rendah. Kami sentiasa berusaha membaca sepanjang masa sekalah menengah untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR dan SPM. Saya memikirkan idea saya, olahan saya sepanjang masa untuk dapat menghasilkan sesuatu yang baik.

Namun, dengan kerjasama ahli kumpulan, kami masih dapat hasilkan arca mobail berdasarkan "straw". Sepanjang masa menghasilkannya, kami berbincang-bincang, cuba apa-apa sahaja yang dapat menjadikan hasil kami lebih baik. Kami membuat arca kami sampai hampir-hampir 2 pagi. Akhirnya, kami dapat menghasikannya.

Walaupun bukannya cantik sangat, tetapi ia merupakan hasil kami, dan juga kerjasama kami. Kami berasa bersyukur kerana dapat menghasilkan sesuatu yang memuaskan kami. Dalam hal ini, saya dapati kami patut mencuba sesuatu sebelum kami mengkategorikan sesuatu itu ialah benda yang kami tidak suka. Saya berasa saya semakin berminat terhadap Seni. Seni merupakan subjek yang agak berminat bagi saya pada masa ini.

Tuesday, July 3, 2012

Refleksi 2

Saya telah menyertai aktiviti IPGKBM untuk menari di PICC pada hari Ahad. Bagi saya, menyertai aktiviti sebegini bukan sahaja dapat meluaskan pandangan kita, malah menambah pengalaman kita. 
Seperti yang dikatakan, saya menari tarian Cina dengan 3lagi orang kawan sebenarnya. Kami sudah hafal "step" tarian tersebut memandangkan kami sudah berlatih pada semester yang lepas, iaitu PPISMP semester 2. Bagi kami, kami tidak mempunyai masalah tentang tarian tersebut. 

Tetapi, kali ini, Puan memintan kami menambah ahli untuk menari tarian ini atas sebab 4 orang dikatakan agak kurang bagi tarian Cina. Oleh itu, 2 orang senior perempuan  dan satu lagi kawan telah menyertai tarian kami. Kami dmintan mengajar mereka menari. Kawan itu tidak dapat menari dengan cantik pada mulanya. Kami diminta mengajarnya supaya tarian kami cantik dan buat yang terbaik. Walaupun susah, sebab kami tidak boleh menguasai badan orang lain. Walaupun kami boleh menari dengan cantik, tetapi kami tidak boleh memaksa orang lain yang tidak begitu baik itu menari seperti kami. Inilah cabaran yang kami hadapi semasa latihan. Namun, kami mengajar mereka sampailah mereka hafal "step" tersebut dan menari dengan cantik. 

Bagi saya, sesuatu masalah akan diselesaikan dengan mudah sekiranya anda berusaha untuk mencari jalan penyelesaian itu dan anda mesti dapat menyelesaikannya dengan baik. Bukan sahaja begitu, setiap masalah yang dihadapi merupakan pengalaman kehidupan kita. Jadi, bersabarlah apabila menghadapi sebarang cabaran dan menyelesaikannya dengan baik. Kehidupan anda pastilah lebih baik memandangkan pengalaman yang anda dapatkan nanti. 

Sekian.  

Kecergasan Emosi berdasarkan Video

Video yang saya dapatkan ini adalah dari YouTube. Semasa saya menonton video ini, saya berasa pelajar semakin hari semakin nakal. Tidak seperti dahulu, pelajar hanya tahu menimba ilmu di sekolah. Tetapi pelajar pada zaman ini bertindak mengikut nafsu mereka. Apa yang dianggap oleh mereka itu seronok, menarik, mereka akan berbuat demikian tanpa mempedulikan nasihat atau teguran orang lain.
Mereka tidak akan menjaga keselamatan sendiri. Seperti dalam video, mereka berlompat-lompat ke sini dan sana. Mereka tidak berfikir tentang keselamatan mereka langsung. Hal ini membuat saya berasa kecewa dan sedih. Sepatutnya, sebagai seorang pelajar, tanggungjawabnya ialah menimba ilmu dan pengetahuan serta pengalaman di sekolah. Bagi saya, seorang pelajar patut melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik.
Sekian.