Hari ini saya bersama dengan Ai Nee, Su Yee dan Siew Ling pergi ke Puduraya. Sebabnya ialah saya dan Ai Nee hendak membeli tiket bas balik ke rumah semasa cuti Hari Raya. Asalnya pada hari tersebut kami tidak mempunyai kelas selepas pukul 10 pagi. Kami bercadang hendak balik awal. Pada minggu lepas, kami diberitahu oleh Dr. Rashida bahawa ELP akan ditukar kepada hari Jumaat setiap minggu berterusan pada pukul 1230 hingga 230 petang. Walaupun kami berasa kecewa apabila mendapat berita ini. Namun, kami bersyukur kerana kami masih belum membeli tiket awal. Bersyukur....
Jadi, hari ini saya dan Ai Nee telah membeli tiket pukul 430 petang. Kami tidak lagi takut akan masa kelas atau masa bas bertolak. Kami telah membuat keputusan yang baik. Dengan membeli tiket 430 petang, kami boleh naik bas selepas makan di mana-mana tempat.
Bagi saya, sesuatu perkara, kalau kita berusaha untuk menyelesaikannya, kita nescaya dapat menghadapinya dengan baik. Sekiranya kita tidak dapat memastikan sesuatu itu berlaku, kita harus menyediakan cara atau idea sampingan sebagai penyediaan sekiranya berlaku kecemasan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment