Pada semester ini, kelas yang mengambil subjek seni kenalah menghasilkan wau.
Bagi saya, menghasilkan wau itu merupakan satu perkara susah kerana saya tidak pernah membuat sebelum ini. Tambahan pula, kami dikehendaki mencari buluh dan membuat rangka wau yang kami gemar terlebih dahulu. Saya berasa amat runsing dan susah. Saya seolah-olahnya tidak dapat menghasilkannya. Namun, dengan penjelasan dan bimbingan dari pensyarah. Saya berani menerima dan mengeluarkan langkah pertama saya. Saya memilih wau kapal sebagai hasil saya. Barulah saya tahu, menghasilkan waut itu merupakan satu bidang yang amat susah. Bukan sahaja hendak melukis corak tradisional dan juga membuat rangka, tetapi keseimbangan di kedua-dua belah amatlah penting. Satu wau yang bagus mesti mempunyai kepala, badan dan sayap dan juga ekor yang seimbang. Inilah masalah yang saya hadapi sebab adalah sukar bagi saya untuk menyeimbangkan wau saya terlebih dahulu.
Namun, saya meminta tunjuk ajar dari pensyarah dan juga mengambil perhatian tentang penjelasan beliau. Sekiranya saya menghdapi apa-apa masalah, saya akan tujukan kepada beliau. Beliau membimbing saya dengan jelas dan sabar. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk berusaha sedaya upaya membuat wau yang terbaik. Saya bersabar. Dengan telitinya, saya memeriksa setiap bahagian wau saya sebelum saya mengikat tali atas wau itu. Proses mengikat tali adalah untuk menyeimbangkan wau itu. Dengan kesabaran yang saya tunjukkan, saya dapati saya dapat menghasilkan wau yang dikatakan agak seimbang pada dua-dua belahnya. Walaupun wau saya bukanlah wau yang terbaik, saya berasa amat puas hati apabila saya dapat menghasilkan wau saya sendiri.
Sekian.
No comments:
Post a Comment