Kelas saya mengambil subjek Seni sepanjang masa PPISMP kami. Seni, merupakan satu subjek yang agak susah bagi saya sebab saya tidak mengambil subjek ini semasa SPM saya. Saya tidak berminat terhadap subjek ini. Namun, berbanding PPISMP Sem3 ini dengan PPISMP Sem1, saya berasa pandangan saya terhadap seni telah berubah.
Contohnya, Semester ini kami dikehendaki menghasilkan hasil berbentuk 3D. Maksudnya, kami dikehendaki mencipta dan membuat sesuatu benda yang kami lakarkan, fikirkan dan hasilkan. Pada mulanya, perkara ini agak susah. Hal ini kerana kami tidak pernah membuat benda sebegini selepas masa sekolah rendah. Kami sentiasa berusaha membaca sepanjang masa sekalah menengah untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR dan SPM. Saya memikirkan idea saya, olahan saya sepanjang masa untuk dapat menghasilkan sesuatu yang baik.
Namun, dengan kerjasama ahli kumpulan, kami masih dapat hasilkan arca mobail berdasarkan "straw". Sepanjang masa menghasilkannya, kami berbincang-bincang, cuba apa-apa sahaja yang dapat menjadikan hasil kami lebih baik. Kami membuat arca kami sampai hampir-hampir 2 pagi. Akhirnya, kami dapat menghasikannya.
Walaupun bukannya cantik sangat, tetapi ia merupakan hasil kami, dan juga kerjasama kami. Kami berasa bersyukur kerana dapat menghasilkan sesuatu yang memuaskan kami. Dalam hal ini, saya dapati kami patut mencuba sesuatu sebelum kami mengkategorikan sesuatu itu ialah benda yang kami tidak suka. Saya berasa saya semakin berminat terhadap Seni. Seni merupakan subjek yang agak berminat bagi saya pada masa ini.
No comments:
Post a Comment