Saya telah menyertai aktiviti IPGKBM untuk menari di PICC pada hari Ahad. Bagi saya, menyertai aktiviti sebegini bukan sahaja dapat meluaskan pandangan kita, malah menambah pengalaman kita.
Seperti yang dikatakan, saya menari tarian Cina dengan 3lagi orang kawan sebenarnya. Kami sudah hafal "step" tarian tersebut memandangkan kami sudah berlatih pada semester yang lepas, iaitu PPISMP semester 2. Bagi kami, kami tidak mempunyai masalah tentang tarian tersebut.
Tetapi, kali ini, Puan memintan kami menambah ahli untuk menari tarian ini atas sebab 4 orang dikatakan agak kurang bagi tarian Cina. Oleh itu, 2 orang senior perempuan dan satu lagi kawan telah menyertai tarian kami. Kami dmintan mengajar mereka menari. Kawan itu tidak dapat menari dengan cantik pada mulanya. Kami diminta mengajarnya supaya tarian kami cantik dan buat yang terbaik. Walaupun susah, sebab kami tidak boleh menguasai badan orang lain. Walaupun kami boleh menari dengan cantik, tetapi kami tidak boleh memaksa orang lain yang tidak begitu baik itu menari seperti kami. Inilah cabaran yang kami hadapi semasa latihan. Namun, kami mengajar mereka sampailah mereka hafal "step" tersebut dan menari dengan cantik.
Bagi saya, sesuatu masalah akan diselesaikan dengan mudah sekiranya anda berusaha untuk mencari jalan penyelesaian itu dan anda mesti dapat menyelesaikannya dengan baik. Bukan sahaja begitu, setiap masalah yang dihadapi merupakan pengalaman kehidupan kita. Jadi, bersabarlah apabila menghadapi sebarang cabaran dan menyelesaikannya dengan baik. Kehidupan anda pastilah lebih baik memandangkan pengalaman yang anda dapatkan nanti.
Sekian.
Akhirnya kita dapatlah mempersembahkan yang terbaik pada hari itu di PICC, Putrajaya =)
ReplyDeleteFrom, CHUE XIANG LING 3F