Sunday, October 14, 2012

Refleksi 15

Hari ini terdapat perhimpunan bulanan di Kampus saya, iaitu pada jam 2.15 petang hingga 4.15 petang. Pada sehari sebelum, Datin Padlon menelefon saya untuk menghadir perhimpunan tersebut kerana saya mendapat anugerah program yang dianjurkan oleh Pusat Sumber. Namun, saya tidak pasti tentang apa program telah saya sertai. 

Perhimpunan pada hari ini amat menarik. Hal ini kerana kali ini merupakan Majlis Perasmian Penutupan Karnival Bulan Membaca 2012. Majlis menjemput Yang Berbahagia Dato' Mahadzir Lokman dan Ahmad Fedtri Yahya untuk sesi "Sembang buku". Beliau telah berkongsi pengalaman mereka yang amat berharga kepada kami. Dato' membincangkan pengalaman beliau semasa menjadi MC majlis, dan juga mewakil Malaysia ke London untuk memperkenalkan Malaysia. Encik Ahmad Fedtri pula membincangkan pengalamannya sebagai pemberita. Pelajar juga dapat bertanya soalan kepada kedua-dua tokoh. 

Saya berasa amat bersyukur kerana dapat menghadiri majlis ini dan mendapat pengajaran daripada tokoh-tokoh. Selain mendapat hadiah, saya berasa saya patut sentiasa membaca pelbagai bahan untuk menambah ilmu saya dalam pelbagai bidang. Walaupun saya gemar membaca novel, saya sepatutnya mengeluarkan masa untuk membaca bahan yang lain agar saya tidak menjadi "katak di bawah tempurung". 

Sekian. 

Thursday, October 11, 2012

Refleksi 14


Jamuan Perdana Kampus Bahasa Melayu dijalankan pada malam 10.10.2012. Semua pelajar akan bertolak ke Dewan Centrum, Setiawangsa untuk makam malam perdana.

Saya pula terlibat dengan persembahan tarian. Bersama-sama dengan senior, kami sebanyak 17 penari manari Tarian 1 Malaysia dan Tarian Kontemporari. Saya menikmati sahaja semasa menari. Namun, saya berasa amat cemas. Hal ini kerana saya takut saya akan tersilap langkah semasa menari. Saya mencuba seberapa banyak yang mungkin untuk bersenyum semasa menari. Namun, saya amat bersyukur kerana saya dapat menari dengan baiknya. Ramai kakak dan abang senior kelihatan lawa dan kacak pada malam tersebut. Saya berasa sedikit sedih kerana saya tidak memakai secantik dengan mereka. Jadi, pada tahun yang akan datang, saya akan memakai lebih cantik daripada apa saya pakai pada tahun ini.

Saya memahami kerjasama dan komitmen amatlah penting untuk menyempurnakan sesuatu perkara. Contohnya, Malam Perdana pada malam tersebut, AJK JPP menyediakannya dengan baik. Saya akan belajar daripada mereka agar saya akan menjadi lebih baik daripada sekarang.

Sekian.

Wednesday, October 10, 2012

Refleksi 13

Pesta Tanglung telah berlalu, tetapi saya dan kawan-kawan ingin bermain tanglung di Kampus kami. Jadi, kami memilih malam 9.10.2012 untuk bermain tanglung di sepanjang jalan asrama ke Stadium Hoki. Kami menyalakan lilin terlebih dahulu di pintu masuk asrama. Ai Nee, Siew Ling, Jia Min, Chin Er, Su Yee, Zhi Hui dan saya, kami seramai 7 orang bermain tanglung. Ramai orang memandang ke kami semasa kami berjalan-jalan ke Stadium Hoki. Kami pun bersenyum dengan mereka dan menjelaskan kepada mereka tentang Pesta Tanglung ini. Semasa kami tiba di Stadium Hoki, pengawal itu memuji tanglung kami cantik. Sepanjang jalan agak gelap, tanglung kami kelihatan cantik dan terang. Selepas itu, kami makan kuih bulan yang disediakan oleh Ai Nee di bilik Siew Ling. Kami berasa amat gembira setelah tidak dapat menyambut Pesta Tanglung tahun lepas.

Saya berasa kami patut mewaris festival Cina sampai kami meninggal dunia nanti. Warisan amat penting untuk kami wariskan. Budaya akan pupus sekiranya kami tidak dapat mewariskannya kepada generasi yang akan datang. Jadi, wariskanlah festival-festival kaum masing-masing agar ia tidak akan pupus ditelan zaman.

Sekian.

Friday, October 5, 2012

Refleksi 12

~Pameran Seni~

Kami telah menjayakan pameran seni kami dengan lancarnya pada hari 2,3 dan 4 Oktober 2012. Tahniah saya ucapkan kepada pelajar kelas PPISMP 3B, 3C dan 3F. Tidak lupa juga kepada pensyarah yang berjasa tinggi dalam membimbing kami. 

Saya dapat memahami bahawa batapa susahnya untuk mengendalikan sesuatu pameran. Banyak perkara dan juga kemalangan perlu kami pertimbangkan untuk memastikan pameran berjalan dengan lancar. Selain itu, setiap bahagian AJK perlu bekerjasama dengan baik. Tolak ansur dan toleransi amat diperlukan. Pada masa genting ini, kami patut bekerjasama tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. Kami ialah warga Malaysia. Kami ialah 1 Malaysia. Setiap bahagian memainkan peranan yang maha penting dalam usaha menjayakan pameran kali ini. Tidak sesiapa yang mempunyai alasan untuk menarik diri dalam pameran ini. Kerjasama semua pelajar dalam tolong-menolong antara satu sama lain amat digalakkan. 

Dengan komitmen dan keiltizaman semua, kami dapat melaksanakan pameran dengan lancar, baik dan berjaya. Saya berasa amat bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang terlibat. Saya berharap kami dapat mengadakan program sebegini dengan lebih baik sekiranya mempunyai peluang untuk berbuat demikian. 

Sekian. 

Wednesday, September 12, 2012

Refleksi (kuliah 12.9.2012)

Kami diberitahu oleh pensyarah bahawa kami dikehendaki mencetak kerja kursus kami dalam bentuk hard copy. Kami berasa kelam-kabut memandangkan kerja kursus ini akan dihantar tidak lama lagi.

Kami dimaklumkan oleh ketua kelas tentang perkara yang patut diambil kira dalam kerja kursus ini. Namun, kami tidak berapa faham tentang istilah “bedah” sebagaimana yang patut kami laksanakan dalam kerja kursus kami. Pada masa yang sama, kami ditanya oleh pensyarah dan kami semacam tidak faham tentang soalan pensyarah. Dari situ pensyarah berasa pelik terhadap kelas saya.

Rupa-rupanya, istilah “bedah” lah yang merunsingkan kami semua. Sedangkan semua rakan-rakan saya terdiri daripada kum Cina, kami tidak berapa memahami sesetengah istilah yang digunakan oleh bangsa Melayu.

Dari sini, saya memahami bahawa komunikasi merupakan elemen yang amat penting dalam kehidupan kita. Walaupun berada dalam keadaan yang berbeza, kita masih dapat menjalankan kehidupan kita dengan baik sekiranya kita berkomunikasi dengan insan-insan yang lain.

Tanpa komunikasi, kita tidak dapat menerima maklumat, berita dan perkara penting. Hal inilah akan membawa kami kepada kehidupan yang  bosan. Oleh itu, saya berharap kami akan sering berkomunikasi dengan orang lain dalam Bahasa Melayu sedangkan kampus saya ialah Kampus Bahasa Melayu.

Sekian. 

Sunday, September 9, 2012

Refleksi 11

Rindu pada kawan-kawan saya. 


Kawan baik saya masih belajar di Tingkatan 6. Setiap kali saya balik ke rumah pada hari cuti, saya mesti akan keluar bersama mereka. Kali terakhir kami keluar ialah pada cuti yang lepas. Kami lapan orang pergi ke Jusco di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.  

Masih ingat salah satu kawan asyik menangkap gambar kami semua. Bermacam-macam aksi telah kami buat. Sangat lucu. Kawan itu bercadang hendak mengambil gambar kami semua melalui cermin yang ada pada dinding. Namun, masih tidak cukup 'fun' baginya. Jadi, kami semua pergi ke bilik persalinan untuk mengambil gambar melalui cermin yang lebih besar. 


Inilah gambar kami. 


Kawan ...
Kita berjumpa pada cuti yang akan datang. 
Rindu kamu semua.........

Sekian. 

Saturday, September 1, 2012

Refleksi 10

Latihan bagi Hari Kemerdekaan

Negara kita menyambut Hari Kebangsaan di Stadium Bukit Jalil pada tahun ini. Kami telah dijemput untuk mengambil bahagian dalam salah satu aktiviti yang grafik manusia. Seperti yang kita tahu bahawa terdapat 26 Kampus Latihan Guru pra-pemegang ijazah, semester 1 dan semester 3 telah dijemput untuk membuat persembahan.

Pada 23 Ogos 2012, kami disokong ke kampus kami. Kami memulakan perjalanan kami ke Universiti Putra Malaysia (UPM), Kolej Tun Dr Ismail seperti yang kita akan tinggal di sana selama 10 hari sepanjang masa latihan. Kami meninggalkan kampus kami sekitar 2:30 petang. Kami telah sepatutnya untuk sampai ke sana pada 3:15 petang memandangkan UPM tidak jauh dari kampus kami. Oleh sebab pemandu bas tidak dapat untuk mencari asrama kami kerana kawasan yang besar di UPM, kami berpusing-pusing di sekitar perkarangan UPM kira-kira 1 jam. Akhirnya, kami sampai di sana pada 4:30 petang.

Pada hari kedua, kami bertolak ke Bukit Jalil pada 8:00 pagi selepas sarapan pagi. Kami dibahagikan kepada kumpulan kecil dan setiap kumpulan mempunyai seorang pemimpin. Saya dibahagikan ke kumpulan D2. Selepas itu, semua pelatih guru diberi papan LED dan pendirian tripod. Di dalam kotak LED, terdapat alat kawalan jauh, pemegang bateri dan juga penyesuai kecil. Pihak penganjur juga menyediakan skrip kepada kami. Skrip kami mengandungi maklumat setiap warna dalam setiap urutan. Semua orang mempunyai skrip mereka sendiri yang unik yang berbeza dengan orang lain.

Terdapat seorang pembantu yang membantu konduktor untuk memberi kami arahan apabila tiba masa menukar warna papan LED. Pembantu akan menunjukkan nombor urutan kepada kami. Kami bergegas memeriksa skrip untuk mengetahui warna yang harus kita ubahkan. Apabila konduktor meniup wisel, kami menukar warna LED kami dengan menggunakan pengawal jauh. 

Pada malam 31hb Ogos, semua persembahan mula dari 8 malam hingga 12 pagi. Walau bagaimanapun, kita diberitahu bahawa kita perlu kepada siap sedia di sana pada pukul 3 petang untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. Walaupun sambutan bermula pada pukul 8 malam, kawasan sekitar stadium sesak bermula pada 5 petang. Kami bergerak ke stadium dan menyediakan segala-galanya dengan cepat. Kemudian, kita menunggu arahan daripada konduktor. Pada masa yang sama, kita menikmati persembahan dalam stadium. Dalam setiap persembahan,termasuk ucapan, nyanyian atau tarian, kita dikehendaki untuk memainkan peranan kami dengan memaparkan grafik, seperti Jalur Gemilang dan kata-kata seperti "SELAMAT DATANG" dan "TERIMA KASIH”. Persembahan pada hari itu amat riuh-rendah. Setiap pelatih guru memainkan peranan mereka sendiri dengan teliti. Terdapat seorang Encik membantu untuk memeriksa dan memastikan bahawa tugas kami dilaksanakan dengan lancar. Terdapat juga bunga api di luar stadium. Sambutan berakhir sekitar 12 pagi.

Saya berasa gembira dan bangga kerana saya berpeluang untuk mengambil bahagian dalam persembahan Hari Kemerdekaan. Saya telah menyertai selama 2 tahun, tahun lepas dan tahun ini. Sekiranya ada peluang, saya berharap bahawa saya masih berpeluang untuk menyertainya pada masa depan. Saya berasa bangga menjadi rakyat Malaysia. Pengalaman ini akan menjadi kenangan yang sukar saya lupakan dalam hidup saya. Saya tidak akan lupa tentang penyertaan ini, Sambutan Hari Kemerdekaan.



 Skrip saya. 

Papan LED. 

Raptai persembahan. 

Persembahan kami (Human Grafik). 

Sekian. 

Thursday, August 23, 2012

Refleksi 9

Hari cuti sudah berlalu.

Saya berasa sedikit kecewa kerana tempoh cuti kali ini hanya 5 hari sahaja. Sebabnya ialah saya bersama dengan kawan-kawan terpilih untuk membuat persembahan semasa hati kemerdekaan.  Masalahnya ialah saya telah membeli tiket hari 26 Ogos untuk balik ke kampus. Namun, hari bertolak untuk ke UPM ialah pada 23 Ogos. Jadi, saya terpaksa untuk pergi ke Pudu Raya menukar tiket hari 26 saya itu.

Dalam hal ini, saya belajar bahawa dalam kehidupan kita, walaupun terdapat cabaran atau masalah yang tidak kita inginkan, kita masih terpaksa melaksanakannya. Kita kena belajar untuk menerima apa-apa sahaja cabaran dalam kehidupan kita. Kita kenalah sabar menerima cabaran tersebut dan menganggap cabaran itu pengalaman kita untuk menjalankan kehidupan dengan lebih baik.

Sekian, terima kasih.

Thursday, August 16, 2012

Refleksi 8

Masih berkaitan dengan Seni. 

Pada minggu ini, kami dikehendaki membuat arca stabail. Arca stabail merupakan satu binaan yang boleh bergerak tetapi tidak terawang-awang kerana kedudukan kakinya sengaja boleh bergerak. Bagi saya, membuat arca ini adalah sangat susah kerana saya tidak pernah membuat demikian. Saya berasa sangat susah untuk menyempurnakan kerja ini. Mula-mulanya, kami perlu membancuh "Plaster of Paris" dan kacaukannya. Selepas itu, tuangkan acuan tersebut ke dalam kotak-kotak yang kami sediakan. Kami perlu menanti sampai acuan tersebut kering, dan ukirkan apa yang kami ingin buat. 

Proses ukir ini adalah sangat susah kerana kami perlu berhati-hati untuk mengukir. Sekiranya kami salah mengukir, susahlah bagi kami untuk menyelamatkannya. Saya tidak mahu untuk membuat arca selepas hari cuti Hari Raya. Jadi, saya menggunakan semua masa lapang saya untuk membuat arca saya. Saya berada di bilik seni selepas sahaja habis kuliah pada hari Rabu. Saya berusaha mengukir arca saya sebagaimana saya boleh buat. Walaupun saya berada sampai 8 malam baru balik ke asrama, namun masa itu tidak sempat untul saya menghabiskan kerja saya pada hari itu. Hari ini, Hari Khamis, saya terus berada di bilik seni lagi untuk meneruskan kerja saya. Nasib baiknya, saya daat menghabiskan ukiran saya pada hari ini. Apabila balik nanti, saya hendak menggunakan kertas pasir untuk menghaluskan arca saya. 

Saya berasa amat puas hati kerana dapat menghabiskan kerja pada masa yang singkat. Dalam hal ini, saya dapat belajar bahawa sekiranya seseorang itu ingin menghabiskan sesuatu kerja, jadi dia pasti dapat melakukannya. Janganlah berputus asa. Seandainya bersemangat, pastinya kerja dapat disiapkan dengan baik dan cepat. 


Hasil karya arca saya
Tema : Kasih Sayang Seorang Ibu terhadap Anakynya

Sekian.

Sunday, August 12, 2012

Refleksi 7

Pada hari semalam, iaitu 12 Ogos pada pukul 9 malam. saya bersama dengan beberapa kawan membuat keputusan pergi ke Taman Jaya A&W. Oleh sebab saya hanya pernah minum minuman A&W sekali sahaja, jadi saya berjanji pergi bersama dengan mereka. 

Masa bertolak sangat lewat. Kali ini merupakan kali pertama saya pergi ke sesuatu tempat pada lewat malam. Saya berasa takut sepanjang perjalanan ke Taman Jaya. Nasib baiknya ditemani oleh sekumpulan kawan, kami berjeneka sepanjang jalan. Kami juga berbual-bual dan berkongsi pengalaman kami. 

Kami amat berhati-hati sehingga kami tiba di destinasi kami. Oleh sebab bulan puasa, jadi kami dibenarkan balik ke asrama selewat-lewatnya pada pukul 2.00 pagi. Walaupun demikian, kami tetap balik pada pukul 11.00 malam. Kami selamat balik ke bilik kami masing-masing. 

Dalam hal ini, saya dapat tahu bahawa sekiranya kami berhati-hati dalam apa-apa jua perkar, kami dapat menyempurnakannya dengan baik. Dan, tidak kira betapa susahnya kami berada, kami tetap patut mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Janganlah guna alasan-alasan untuk melanggar peraturan. 
Sekian. 

Wednesday, August 1, 2012

Refleksi (kuliah 1.8.2012)

Berdasarkan kuliah pada pagi tadi, saya memahami bahawa IQ, EQ dan SQ amatlah penting kepada seseorang insan. Perbezaan SADAR dan SEPARA SADAR ialah SADAR merupakan Fikiran seseorang. SEPARA SADAR pula mengandungi Perasaan dan Jiwa (Spiritual). Apabila kita memikirkan sesuatu, kita dikatakan dalam keadaan SADAR. Apabila kita berasa ataupun bertanya kepada sendiri tentang sesuatu, kita dikatakan dal keadaan SEPARA SADAR. Seseorang yang mempunyai SQ yang tinggi, dia akan memikirkan tujuannya hidup di dunia ini. Dia akan memahami apa yang diperlukan olehnya dalam kehidupannya. 

Bagi kanak-kanak yang berumur 0 - 7, dikatakan dalam lingkungan umur kritikal kerana pada masa ini. "Filter" mereka tidak lagi berkembang dengan baik. "Filter" ini belum mula berfungsi. Berdasarkan rajah di bawah, "Filter" ini berfungsi sebagai tapis atau pemeriksa untuk menerima atau menolak sesuatu perkara. Kanak-kanak yang tidak dapat lagi membezakan baik dan buruk sesuatu perkara akan menerima apa-apa sahaja yang dialaminya. Mereka tidak mampu membezakannya. Apa yang diterima mereka akan terbawa sehingga mereka dewasa nanti. Sekiranya mereka menerima konsep atau makna sesuatu yang salah, fikiran mereka tidak akan tenteram. Mereka akan salah faham tentang sesuatu perkara dan mengikut sahaja apa yang diingati mereka. 



SEPARA SADAR akan mepengaruhi tabiat atau tingkah laku seseorang. Jadi, "Filter" memainkan peranan yang amat penting kepada setiap insan. 
Sebagai rumusan, 
  • Fikiran penting dalam menentukan apa-apa yang akan disimpan di dalam otak kita.
  • EQ dan SQ penting dalam mempengaruhi tingkah laku seseorang sampai bila-bila masa. 

Saya fahami bahawa kita mempunyai IQ, EQ dan SQ yang dikurniakan oleh Tuhan. Saya sentiasa berfikir-fikir tentang apa yang diajar oleh puan. Saya baru sedar bahawa IQ bukanlah yang paling penting tetapi EQ & SQ. Ketiga-tiga itu mempunyai fungsi masing-masing. Kita tidak boleh kurang mana-mana satu IQ, EQ atau SQ.
 

    Sekian. 


    Refleksi (Human being vs Spiritual being )

    Berdasarkan kuliah pada minggu yang lalu, puan telah menerapkan konsep IQ, EQ dan SQ kepada kami. Insan dicipta oleh Tuhan dengan 3 kekuatan, iaitu IQ, EQ dan SQ.

    Apa yang saya fahami ialah IQ merupakan fikiran seseorang individu. IQ berada dalam lingkungan SADAR.  EQ ialah perasaan dan SQ pula ialah spiritual. Kedua-dua EQ dan SQ berada dan lingkungan SEPARA SADAR. Ketiga-tiga IQ, EQ dan SQ ini tidak dapatlah kita nampak melalui mata kita. Namun, IQ, EQ dan SQ berfungsi setiap hari. Dengan adanya IQ, EQ dan SQ, kita dapat berkomnikasi, berinteraksi dengan orang-orang lain. Dengan adanya IQ, EQ dan SQ, dapatlah membezakan insan dengan makhluk lain. Insan mempunyai akal, fikiran dan perasaan.

    Daripada penjelasan beliau, saya faham bahawa kita, sebagai manusia, bukannya 'human being' sepenuhnya. 'Human being' bermaksud seseorang itu yang hanya mempunyai badan ataupun jasad sahaja. Kita hidup dalam dunia ini bukan sahaja fokus pada fizikal kita tetapi jugan emosi dan mental kita. Salahlah kalau kita sebut kita sendiri sebagai 'Human being'. Sepatutnya, kita merupakan 'Spiritual being'.

    Mengapa?
    Sebabnya kita mempunyai fikiran tersendiri. Setiap insan mempunyai fikiran dan emosi tersendiri. Kita mempunyai perasaan yang berlainan terhadap berlainan perkara. Seseorang insan mesti mempunyai ketiga-tiga IQ, EQ dan SQ, barulah seseorang itu dipanggil sebagai INSAN. Jika tidak, dia hanya manusia atau disebut sebagai JASAD sahaja. Insan yang cemerlang banyak menggunakan EQ dan juga SQ mereka dalam kehidupan yang penuh dengan pancaroba ini.

    Sekian.

    Tuesday, July 31, 2012

    Refleksi 6

    Ditujukan kepada perkara yang sama, iaitu membuat wau. 
    Minggu ini, saya melukis corak tradisional ke atas kertas yang disebut sebagai 'tanah'. Saya melayari Internet untuk mendapatkan ilham supaya saya dapat menghasilkan wau yang bercorak tradisional. Dengan juga bantuan kawan, saya dapat memilih corak yang ingin saya buat. Bersama dengan rakan-rakan, kami mula melukis corak kami masing-masing di kertas 'tanah'. Melukis corak itu bukanlah perkara yang susah sangat. Yang paling susah itu ialah apabila hendak memotong corak-corak tersebut. Kenalah menyediakan sebilah pisau yang "sharp" supaya corak yang dipotong itu tidak rosak dan kekal cantik. Tetapi, saya masih tetap hampir-hampir merosakkan corak saya. 
    Nasib baiklah, sempat saya menghentikan kerja saya pada masa tersebut. Kalau tidak, mesti rosaklah 'tanah' saya dan saya kenalah melukis semula pada kertas yang lain. Nasib baiknya.........

    Dari situlah saya dapat tahu, bukan sahaja kesabaran diperlukan untuk membuat sesuatu perkara tetapi juga indak balas yang cukup pantas. Dalam kehidupan kita menghadapi pelbagai pancaroba. Kita tidak mungkin dapat menyelesaikan setiap cabaran tersebut dengan baiknya. Jadi, berilah kesabaran terhadap setiap perkara yang dihadapi dan memberi tindak balas yang secepat mungkin pada masa yang sesuai. 

    Dan juga, menghasilkan wau itu dapat melatih kesabaran dan kecepatan tindak balas kami. Nescaya kami semua dapat mempelajari sesuatu yang baharu melalui aktiviti menghasilkan wau ini. 
    Inilah gambar hasil corak yang saya hasilkan. 

    Sekian. 

    Tuesday, July 24, 2012

    Refleksi 5

    Pada semester ini, kelas yang mengambil subjek seni kenalah menghasilkan wau. 
    Bagi saya, menghasilkan wau itu merupakan satu perkara susah kerana saya tidak pernah membuat sebelum ini. Tambahan pula, kami dikehendaki mencari buluh dan membuat rangka wau yang kami gemar terlebih dahulu. Saya berasa amat runsing dan susah. Saya seolah-olahnya tidak dapat menghasilkannya. Namun, dengan penjelasan dan bimbingan dari pensyarah. Saya berani menerima dan mengeluarkan langkah pertama saya. Saya memilih wau kapal sebagai hasil saya. Barulah saya tahu, menghasilkan waut itu merupakan satu bidang yang amat susah. Bukan sahaja hendak melukis corak tradisional dan juga membuat rangka, tetapi keseimbangan di kedua-dua belah amatlah penting. Satu wau yang bagus mesti mempunyai kepala, badan dan sayap dan juga ekor yang seimbang. Inilah masalah yang saya hadapi sebab adalah sukar bagi saya untuk menyeimbangkan wau saya terlebih dahulu. 

    Namun, saya meminta tunjuk ajar dari pensyarah dan juga mengambil perhatian tentang penjelasan beliau. Sekiranya saya menghdapi apa-apa masalah, saya akan tujukan kepada beliau. Beliau membimbing saya dengan jelas dan sabar. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk berusaha sedaya upaya membuat wau yang terbaik. Saya bersabar. Dengan telitinya, saya memeriksa setiap bahagian wau saya sebelum saya mengikat tali atas wau itu. Proses mengikat tali adalah untuk menyeimbangkan wau itu. Dengan kesabaran yang saya tunjukkan, saya dapati saya dapat menghasilkan wau yang dikatakan agak seimbang pada dua-dua belahnya. Walaupun wau saya bukanlah wau yang terbaik, saya berasa amat puas hati apabila saya dapat menghasilkan wau saya sendiri. 

    Sekian. 

    Friday, July 20, 2012

    Refleksi 4

    Hari ini saya bersama dengan Ai Nee, Su Yee dan Siew Ling pergi ke Puduraya. Sebabnya ialah saya dan Ai Nee hendak membeli tiket bas balik ke rumah semasa cuti Hari Raya. Asalnya pada hari tersebut kami tidak mempunyai kelas selepas pukul 10 pagi. Kami bercadang hendak balik awal. Pada minggu lepas, kami diberitahu oleh Dr. Rashida bahawa ELP akan ditukar kepada hari Jumaat setiap minggu berterusan pada pukul 1230 hingga 230 petang. Walaupun kami berasa kecewa apabila mendapat berita ini. Namun, kami bersyukur kerana kami masih belum membeli tiket awal. Bersyukur....

    Jadi, hari ini saya dan Ai Nee telah membeli tiket pukul 430 petang. Kami tidak lagi takut akan masa kelas atau masa bas bertolak. Kami telah membuat keputusan yang baik. Dengan membeli tiket 430 petang, kami boleh naik bas selepas makan di mana-mana tempat.

    Bagi saya, sesuatu perkara, kalau kita berusaha untuk menyelesaikannya, kita nescaya dapat menghadapinya dengan baik. Sekiranya kita tidak dapat memastikan sesuatu itu berlaku, kita harus menyediakan cara atau idea sampingan sebagai penyediaan sekiranya berlaku kecemasan.

    Sekian.

    Wednesday, July 18, 2012

    Refleksi (kuliah 18.7.2012)

    Minggu ini kami mengadakan kelas di bilik mikro. Kuliah diadakan dengan mengulang tajuk minggu lepas. Oleh yang demikian, saya dapat mengimbas kembali apa yang dibelajari. Bukan sahaja begitu, pensyarah masih sabar menjelaskan tajuk berkaitan dengan Kecergasan Emosi kepada kami. Saya berasa bersyukur kerana mempunyai pensyarah yang sabar dan teliti. Saya dapat lebih memahami dan membazakan apa itu IQ, EQ dan juga SQ.

    Kuliah yang selama sejam sahaja setiap minggu. Walau bagaimanapun, saya berasa kuliah ini amat bermakna kepada saya. Saya senantiasa memikirkan persoalan-persoalan yang ditimbulkan di dalam kelas dan saya berasa amat manarik dengan penggunaan otak. Bukan itu sahaja, saya juga belajar mengawal perasaaan atau emosi pada tempat dan masa yang sesuai.

    Saya amat berharap bahawa kuliah selepas ini boleh berbincang tentang tajuk tersebut dengan lebih mendalam. Sekiranya boleh, saya ingin mendapat pengetahuan atau ilmu yang lebih banyak daripada pengajian pensyarah.

    Sekian. 

    Sunday, July 15, 2012

    Refleksi 3

    Kelas saya mengambil subjek Seni sepanjang masa PPISMP kami. Seni, merupakan satu subjek yang agak susah bagi saya sebab saya tidak mengambil subjek ini semasa SPM saya. Saya tidak berminat terhadap subjek ini. Namun, berbanding PPISMP Sem3 ini dengan PPISMP Sem1, saya berasa pandangan saya terhadap seni telah berubah.

    Contohnya, Semester ini kami dikehendaki menghasilkan hasil berbentuk 3D. Maksudnya, kami dikehendaki mencipta dan membuat sesuatu benda yang kami lakarkan, fikirkan dan hasilkan. Pada mulanya, perkara ini agak susah. Hal ini kerana kami tidak pernah membuat benda sebegini selepas masa sekolah rendah. Kami sentiasa berusaha membaca sepanjang masa sekalah menengah untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR dan SPM. Saya memikirkan idea saya, olahan saya sepanjang masa untuk dapat menghasilkan sesuatu yang baik.

    Namun, dengan kerjasama ahli kumpulan, kami masih dapat hasilkan arca mobail berdasarkan "straw". Sepanjang masa menghasilkannya, kami berbincang-bincang, cuba apa-apa sahaja yang dapat menjadikan hasil kami lebih baik. Kami membuat arca kami sampai hampir-hampir 2 pagi. Akhirnya, kami dapat menghasikannya.

    Walaupun bukannya cantik sangat, tetapi ia merupakan hasil kami, dan juga kerjasama kami. Kami berasa bersyukur kerana dapat menghasilkan sesuatu yang memuaskan kami. Dalam hal ini, saya dapati kami patut mencuba sesuatu sebelum kami mengkategorikan sesuatu itu ialah benda yang kami tidak suka. Saya berasa saya semakin berminat terhadap Seni. Seni merupakan subjek yang agak berminat bagi saya pada masa ini.

    Tuesday, July 3, 2012

    Refleksi 2

    Saya telah menyertai aktiviti IPGKBM untuk menari di PICC pada hari Ahad. Bagi saya, menyertai aktiviti sebegini bukan sahaja dapat meluaskan pandangan kita, malah menambah pengalaman kita. 
    Seperti yang dikatakan, saya menari tarian Cina dengan 3lagi orang kawan sebenarnya. Kami sudah hafal "step" tarian tersebut memandangkan kami sudah berlatih pada semester yang lepas, iaitu PPISMP semester 2. Bagi kami, kami tidak mempunyai masalah tentang tarian tersebut. 

    Tetapi, kali ini, Puan memintan kami menambah ahli untuk menari tarian ini atas sebab 4 orang dikatakan agak kurang bagi tarian Cina. Oleh itu, 2 orang senior perempuan  dan satu lagi kawan telah menyertai tarian kami. Kami dmintan mengajar mereka menari. Kawan itu tidak dapat menari dengan cantik pada mulanya. Kami diminta mengajarnya supaya tarian kami cantik dan buat yang terbaik. Walaupun susah, sebab kami tidak boleh menguasai badan orang lain. Walaupun kami boleh menari dengan cantik, tetapi kami tidak boleh memaksa orang lain yang tidak begitu baik itu menari seperti kami. Inilah cabaran yang kami hadapi semasa latihan. Namun, kami mengajar mereka sampailah mereka hafal "step" tersebut dan menari dengan cantik. 

    Bagi saya, sesuatu masalah akan diselesaikan dengan mudah sekiranya anda berusaha untuk mencari jalan penyelesaian itu dan anda mesti dapat menyelesaikannya dengan baik. Bukan sahaja begitu, setiap masalah yang dihadapi merupakan pengalaman kehidupan kita. Jadi, bersabarlah apabila menghadapi sebarang cabaran dan menyelesaikannya dengan baik. Kehidupan anda pastilah lebih baik memandangkan pengalaman yang anda dapatkan nanti. 

    Sekian.  

    Kecergasan Emosi berdasarkan Video

    Video yang saya dapatkan ini adalah dari YouTube. Semasa saya menonton video ini, saya berasa pelajar semakin hari semakin nakal. Tidak seperti dahulu, pelajar hanya tahu menimba ilmu di sekolah. Tetapi pelajar pada zaman ini bertindak mengikut nafsu mereka. Apa yang dianggap oleh mereka itu seronok, menarik, mereka akan berbuat demikian tanpa mempedulikan nasihat atau teguran orang lain.
    Mereka tidak akan menjaga keselamatan sendiri. Seperti dalam video, mereka berlompat-lompat ke sini dan sana. Mereka tidak berfikir tentang keselamatan mereka langsung. Hal ini membuat saya berasa kecewa dan sedih. Sepatutnya, sebagai seorang pelajar, tanggungjawabnya ialah menimba ilmu dan pengetahuan serta pengalaman di sekolah. Bagi saya, seorang pelajar patut melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik.
    Sekian.

    Thursday, June 28, 2012

    Refleksi 1

    Satu ketika dahulu,saya dituduh oleh kawan-kawan saya.Saya tidak tahu mengapa mereka menuduh saya pada masa itu.Saya berasa amat hairan dan sedih apabila mendengar kata-kata yang dikeluarkan oleh mereka.Saya berasa amat sedih terhadap tindakan mereka. Mereka tidak mahu bersama dengan saya, saya juga tidak berani bercakap dengan mereka. Saya selalunya berada dalam keadaan seorang sahaja. Saya takut mereka akan cakap tentang saya lagi.
    Selepas perkara ini, saya baru tahu sebab mereka menuduh saya. Rupa-rupanya, mereka salah faham tentang saya. Mereka dengar cakap kawan lain yang ingin menuduh saya. Dalam keadaan mereka tidak memastikan dengan saya, mereka menganggap saya seorang yang jahat, seorang yang suka memburuk-burukkan orang lain. Sebenarnya saya tidak berbuat demikian. Saya baru teringat mungkin kawan yang salah faham tentang apa yang ingin saya sampaikan.
    Selepas itu, saya pun memaafkan mereka dan berbaik semula dengan mereka.

    Dalam hal ini, saya mempelajari bahawa haruslah sentiasa berfikir sebelum mengeluarkan sesuatu perkataan, dan sentiasa memastikan apa yang disebut adalah benar dan tepat. Dengan itu, saya tidak takut bahawa saya terkeluar kata-kata yang akan mendatangkan buruk kepada saya sebab saya tidak berbuat salah.

    Sekian. 

    Thursday, June 21, 2012

    Tujuan untuk membuka Blog

    Nama saya ialah Lee Yong Han, dari PPISMP 3F.

    Sebenarnya saya sudah mempunyai blog saya sejak beberapa tahun yang lalu. Saya rasa tidak sesuai untuk saya menggunakan blog yang asalnya itu sebagai media untuk pembelajaran kerana saya menggunakan bahasa Cina untuk mengendalikan blog tersebut. 

    Tujuan membuka blog ini ialah pesanan dari pensyarah saya. 
    Pada pendapat saya, blog merupakan satu media kepada sesiapa untuk meluahkan perasaan atau pendapat. Saya selalu mengeluarkan perasaan atau pengalaman yang saya hadapi di blog saya. Saya berasa blog ini ialah satu media yang sangat baik untuk sesiapa bagi mengeluarkan apa-apa idea yang ingin disampaikan. 

    Setakat ini sahaja.